Wednesday 6 February 2013

Kerbakatan Menjamin Kebahagian

Assalamualaikum w.b.t 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

Rezeki adalah ketentuan Allah kurniakan kepada hamba-Nya dari pelbagai sudut. Terdapat tiga kesudahan rezeki iaitu jika pakaian, lama kelamaan pasti ia terbuang, makanan menjadi najis atau menjadi bekalan di akhirat jika dibelanjakan ke jalan Allah.

Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan. Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak dan mencukupi.Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.Jadi, kita perlu sentiasa mencari keberkatan dalam hidup seharian kerana ia penting bagi menjamin kesejahteraan. Apabila mendapat keberkatan, kemurahan rezeki itu secara langsung dapat dinikmati.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim (sesama manusia) (Riwayat Bukhari).

Kita jangan mendidik diri dengan sifat kedekut kerana ia menyempitkan rezeki.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 168).

“Kerja yang berkat dan sempurna sentiasa melaksanakan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad): “Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu serta Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin. Nanti kamu akan di kembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkan-Nya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah at-Taubah ayat 105).

Katanya, Allah mengurniakan kepada manusia pelbagai bentuk rezeki seperti wang, pangkat mahupun kuasa.

“Manusia perlu menitikberatkan usaha mencari rezeki halal supaya hidup bertambah berkat di dunia dan akhirat.

“Apabila sumber itu halal, maka lahirlah perbuatan mulia. Manakala jika makanan itu berpunca dari sumber haram, akan lahirlah perbuatan tercela,” katanya.

Wasalam..


Sumber :  http://epondok.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment