9 Tips Menjadi Pasangan Yang Baik
Assalamualaikum w.b.t
1.TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan anda mengikut kemahuan
kita.Ingat,pasangan yang kita kahwini itu ataupun yang dicintai itu
adalah pilihan kita sendiri.Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima
segala kekurangan,kerana tiada manusia yang sempurna.Cuba fikirkan
kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau
keburukannya.
2. BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan
selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita.Adalah lebih baik
mengajak pasangan kita berbincang secara terbuka tentang semua perkara.
Belajar mengekspresikan perasaan dengan cara yang terbaik supaya
pasangan dapat memahami ketika kita marah,terluka,tersinggung ataupun
gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia
dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh
pasangan.Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
3. AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh
dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang.
Kita perlu berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan2 melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.
4.TUNJUKKAN CINTA ANDA.
Selepas berumahtangga,sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap terhadap hati pasangan masing2.Ada yang kata....
Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?
Itulah tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan
melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang
romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada
pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.
5. KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu kita cuba
bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan
meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan
Pasangan akan menghargai ,sekiranya kita bertenang ketika menghadapi
sebarang situasi.
6. JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti
mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati
kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun
memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata
setiap kali berlaku pergaduhan.
7. KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu
yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan
pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus
dibina atas dasar percaya pada pasangan.
8.JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan
menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan
memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang
sihat.Apabila pasangan merasakan kita mula mengabaikan komitmen maka
bersiap sedialah akan kehilangannya.
9. JUJUR.
Jujur adalah
perkara yang paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu
pasangan kerana sikap itu antara punca suatu perpisahan.Kejujuran yang
dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan
kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang
tanpa perlu meninggikan suara.
sumber : buku 60 tip menjadi isteri cantik dan solehah.
No comments:
Post a Comment