Wednesday, 30 January 2013

Kuih Koci Santan @ Badak Berendam

Assalamualaikum w.b.t

Hah malam hari tu aku dengan mak sempat la buat kuih koci santan dan esoknya masa balik kampung sempatla mak bungkuskan sikit untuk sedara kat kampung.
Tapi bila tengok semula kuih kitaorang tu adala iras-iras badak berendam sebabnya kan kalau buat kuih badak berendam bahan-bahan ia pon lebih kurang je kan samanya.hehe

Gendutnya kuih..hehe tapi lebih kurang sama je kan macam badak berendam cuma yang ni bolat-bolat

Hah nak bezakan kuih koci akan dibalut dengan daun pisang jadilah kuih koci santan
Ok cukupla entry untuk kuih sebab aku bukanlah jenis hebat beno masak memasak nie..hehe
byeee.. Wasalam


Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t 

Suka bila dapat balik kampung tapi lagi suka sebab dapat balik kampung mak dengan kampung arwah ayah. Aku balik kampung berdua je dengan mak sebab adik beradik lain masing-masing ada hal. Tapi ok la bila orang bujang jalan xda la nk rush-rush xda sapa yang boleh kacau ke apa kan.hehe.
Ni gambar masa otw balik kampung. 'Mencapap' dulu masa kat trafic light. hehe

Alamak terpejam plak mata mak..;D

Sama je muka anak beranak kan..comey plak frogie kt belakang tu

Tapi kami balik bukan suka-suka ada hajat sebenarnya. Sebab nak ajak sedara mara datang rumah untuk Walimatulurus Long yang tak lama je lagi..

Ni cover kad kahwin Long.Simple je thema Gold & Kuning


Sekarang tengah sibuk untuk persiapan majlis kahwin long. Tak ada siapa pon yang duduk rileks je sekarang. Aku tengok tv pon tangan jalan sekali lipat reben la kad kahwin la macam-macam. Kalau keluar pon tak adalah untuk suka-suka sekarang ada je hajat. Kawan ajak pergi kl pon tak dapat nak ikut..huhuhu

Ok nanti sambung lagi nak lipat reben untuk doorgift nanti dah siap aku upload..byee
Wasalam..

Saturday, 26 January 2013

MCMC at The Puteri Pasific,JB

 Assalamualaikum w.b.t 

17/01/2013 kami kena menghadiri taklimat kat The Puteri Pasific Johor Bahru. Taklimat yang pertama kali untuk tahun 2013.Sehari sebelum tu aku dah gerak dari rumah dan tidur kat rumah kawan kat segamat. Al maklum la jauh kot nak sampai sana dan lebih kurang pukul 5 pagi kami dah gerak dari segamat. tido 5jam je sebab malam tu sibuk membebel dengan kawan. Jadi sengkang mata la jawabye masa dengar taklimat.
tapi mujur kawan aku yang drive pergi sana tp balik aku plak mangsa kena drive.sadis!!

Tapi bagi aku taklimat hari tu sangat berguna sebab kami kena buat event (buat kerja)..pelik plak sebab suka..hehe..tapi ok la dari duduk kat ofis xbuat apa lagi bagus buat kerja untuk komuniti.semangat!!..hehe

Ni gambar sepanjang taklimat hari tu adalah dalam 4jam je meetingye..Aku biasa la wajib duduk dengan kawan-kawan yang sekepala kalau tak patung la jawabye aku.

              Aku kat belakang maklum la xsuka mencapap.. kikiki
                                        
                                                                  
View dari belakang..
Ni sume dari group Celcom..aku buat peace nasib ada geng buat gak..

Bab paling kami suka..makan..hehe..tengok meja penuh..ishh tamak..

Kami yang tamak..ala xselalu yang penting kenyang..hehehe

Ok dah pukul 6pm dah kena balik rumah..sambung lagi..byeee

Wasalam...